Isnin, 20 Disember 2010

-Serabut Perut-




meminjam ayat dari sahabat saya
dia selalu guna ayat 'serabut perut' kalau dah terlampau kusut
So...
kisah hari ni berdasarkan keserabutan perut yang melanda
( x ada kaitan dgn segala alahan @ sakit pd perut (^_^) )

Sungguh, saya memang rasa macam nak putus nafas berfikir. Berfikir macam mana nak terus survive. Yelah, Semakin meningkat usia, Maka secara otomatiknya meningkat la kehendak dan secara tak langsung Semakin meningkat la budget harian, Maka bertambah la kepeningan kepala memikirkannya. ( Hah! percantuman 2 hipotesis....\^.^/,,, mau kene kejar keliling sekolah kalau cikgu sains saya tahu..heee~ )

Hurm, terlalu banyak rasanya yg saya fikirkan sekarang ni. Salah 1 nya merangkumi 3P :

1) Perbelanjaan harian
2) Pembiayaan pelajaran
3) Penjimatan kos harian

dengan suasana negara yg semakin membangun, semuanya memerlukan $$$$ yg mana ianya sudah menjadi nadi kehidupan ( selain nadi yg ada dlm badan kita )...

Terasa sesak nak bernafas bila mengenangkan yg setiap hari kita memerlukan $$$$ untuk menyara kehidupan. Kadang2 mengalir juga air mata bila mengingatkan bagaimana ibu saya perlu merancang dengan sebaik mungkin akan penggunaan $$$$ agar ianya terus ada. Kadang2 saya buntu memikirkan, bagaimana ibu menguruskannya. Sehingga ianya menjadi cukup untuk saya membiayai kos pembelajaran yg sememangnya memerlukan banyak $$$$. Hairan, tapi mungkin itulah magik yg ada pada setiap ibubapa yg sudah pastinya sukar untuk dikesan oleh anak2nya.

Selain dari soal $$$$...saya juga serabut perut memikirkan perancangan masa depan. Yelah, bila dah masuk frasa 2++ ni semuanya sudah mula untuk difikirkan. Semuanya perlu untuk direncanakan agar ianya terus tersusun dan x menjadi kelam kelibut. (^_^')....

Khamis, 16 Disember 2010

~Meronggeng~

Heee ~ ~
gayat je tajuk kali ni...


Ianya mengisahkan tentang aktiviti kami yg sememangnya asyik
- meronggeng -
- merayap -
- menjelajah -
itu la aktiviti kami sepanjang minggu
( wajib sebenarnya )

Heee ~ ~
setiap minggu mesti ada hari yg kami tak ada tercongok di rumah
kalau tak memang RUMAH KU SYURGA KU la...
duduk dalam rumah mengalahkan anak dara zaman SRI MERSING

DESTINASI ???

bab destinasi ni memang tak payah cerita la
semua tempat kalau boleh nak diterjah

TAPI

disebabkan kami ni agak lemah bab nak mengingat segala
- simpang -
- selekoh -
- signboard -
- traffic light -

SO...

dengan segala hormatnya kami hanya pergi tempat yg paling senang
nak cari jalan pulang....

DAN

kalau sesat pun
kami akan CALL orang yg bertanggungjawab yg mana level dia
bawah sikit dari MENTERI KERJA RAYA
Heee ~ ~
tanya je dia
confirm kami akan selamat sampai ke rumah ...


- MARRYBROWN -

- CIK AIN -

Rabu, 15 Disember 2010

Ke'BUSY'an Yang Terlampau....

ke"BUSY"an yang terlampau

Hehehe....
perosak bahasa antarabangsa saya ni kan? kan? kan?
TAPI
seriously saya memang busy...
yang teramat-amat sampai tak sempat langsung nak menjenguk blog....
( nasib baik x bersawang..huhu )

apa yang saya buat ???
Aha!!! ni yang saya nak share....
:')
saya BUSY me"matchmake"kan orang...
hee ~ ~
satu lagi bahasa dah saya kahwinkan...

Oh ya !!
berbalik pada tajuk saya tadi...
-BUSY-
macam yg saya tulis tadi...
saya me"matchmake"kan orang...
HA !!!
ianya adalah diantara 2 orang sahabat saya
Dan sudah semestinyalah berlawanan jantina kan ???
hee ~ ~

Hurm...
Alhamdulilah...usaha saya menjadi...
masing2 sudah pun berkawan...
TAPI
sebelum tu...
agak payah juga sebenarnya...

KENAPA ???
masing2 tidak pernah pun jumpa...
yang 1 di Pantai Timur...
yang 1 lagi di Selatan...
yang 1 garang semacam...
yang 1 pula pemalu sangat...

:')
walau bagaimanapun...
sekarang ni semuanya dah OK!!!
dan itu adalah salah satu ke'BUSY'an saya...

Ahad, 5 Disember 2010

- aA + hH 3 -

* bila sendirian fikiranku buntu mengingati dirimu *
** dikau tiada lagi disisiku **
* hatiku sayu bertambah pilu *
** sekiranya ku mendapat pengganti **
* ku harap yang esa sepertimu *
** seringkali aku berdoa padanya **
* agar tabah menyusuri hidup ini *
** Ya Allah berikanlah ku kekuatan **
* untuk tempuhi dugaan yang mencabar *

( memetik bait lagu dari kump: De-Hearty )

Kesudahan - aA + hH - ni....
ingin saya tamatkan kisah aA + hH ni sebab saya tak tahu penghujungnya. Apakah kesudahannya....bagi saya biarlah masa yg menentukan. Samada harapan saya tu akan jadi kenyataan atau pun harapan itu akan terus menjadi harapan.

Untuk dia....
Dia still sahabat saya sampai sekarang ni. Walaupun tak selalu bertembung muka tapi kami kerap bertukar khabar. Alah, sekarang kan zaman serba canggih. Jemputan kahwin pun invite guna FB je. So, samalah macam saya dan dia. HP, FB, YM, FRIENDSTER, TWITTER, MSN, TAGGED semua tu hujung kuku je kan ??? hehehe....bila2 masa je. Lagipula, sekarang ni kami sibuk. Dia sibuk dengan kerjayanya & saya sibuk dengan pengajian. Masa yg ada tu kami gunakan sebaik mungkin untuk bertukar khabar, bertanya berita...

Untuk Nasz....
adik saya tu SPM tahun ni. tapi selamba je dia bersuka ria macam sedang menduduki peperiksaan sekolah tadika. Tak faham saya. tapi hakikatnya she's brilliant. Dan saya percaya dia boleh skor straight A's....


- aA + hH 2 -

** seandainya tercatat dia milikku **
* seandainya tercatat dia untukku *
** dekatkanlah daku bermesra padu *
* bahagia sentiasa setiap waktu *
** tak ingin daku kecewa bercinta **
* andai diri bukanlah takdirnya *
** bawalah dia sesaujana mata **
* biarlah luput kelibat permata *
( memetik lirik lagu dari kump. De-Hearty )

menyambung perbicaraan tentang  - aA + hH 1 -.

kerenggangan kami berlangsung juga untuk beberapa bulan. Mungkin ego dari pihak saya. Yelah, orang tu dah bermurah hati nak menegur tapi saya tetap tayang muka kayu yang sekayu-kayunya. Kononnya nak tunjuk protes yg mana saya tak bersetuju dengan tindakan dia yg merenggangkan persahabatan kami. Tapi bila difikir2kan semula. Apa yg dia buat tu ada betulnya. Hakikatnya, saya & insan ke3 dah bertegur semula. Dia & insan ke4 juga dah berkawan baik semula. Kan ada hikmahnya dekat situ ??? Cuma itu la, ego seluas lautan pasifik...sudahnya saya juga yg menyesal.

Antara kami hanya bersapa bila perlu. Tersenyum pun jika terpaksa. Kalau tidak, dia dengan dunianya...saya dengan hal2 saya. Jarang untuk kami duduk berbual macam pada awalnya. Tapi, setiap yg terjadi tetap ada hikmahnya...mungkin kami tidak rapat tapi hubungan kami cukup baik. Ini dapat saya buktikan melalui satu event yg kami adakan. Kejasama dari kedua belah pihak ( adam & hawa ) tersangatlah diperlukan. Dan disitu kami okey sedikit. Hehehe.... Hurm, kebetulan dia telah ditugaskan untuk menjaga disiplin para pelajar, jadinya saya terpaksa banyak berkomunikasi dengannya untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal. Dan penat lelah kami tersangatlah berbaloi kerana semuanya berjalan lancar. Namun, event yg dirancang tidak dapat saya hadiri sehingga ke penamatnya. Mungkin kerana terlalu penat mempersiapkan segala kerja sebelum bermulanya event tersebut membuatkan antibodi saya berkurangan lalu mencetuskan demam yg maha teruk. Dan pada ketika itu dia yg perasan & bertanyakan tentang keadaan saya. Dan mungkin dari situ saya terlalu merasakan bahawa dia still concern walaupun kami dah tak macam dulu. Tapi bukan bermakna kami ada apa-apa sebelum ini. Cuma ikatan persahabatn itu yg menjadikan kami rapat. Thanks to the friendship...

Sabtu, 4 Disember 2010

- aA + hH -

** Sukar dinilai dengan materi, **
 * hanya hati budi yang kan mengerti, * 
** resah merindu meronta kalbu, **
* hanya janji setia sabda ditunggu.... *


 ( mencuri bait2 kata dari lagu 'Kesaktian Cinta'... )

Kenapa ianya bertajuk sedemikian ??? Hihihi....ni semua bermula dengan adik saya NURUL NASRIAH ... dia memang sangat2 menjadikan keterujaannya itu sebuah realiti yang tak pasti. Dari dia lah bermulanya sebuah harapan ni. Harapan yang tersangatlah palsu...(^_^)....

bersedia ya?? kisahnya agak panjang...

2007...

saya ialah super senior ...nasz ialah 2nd junior .... & 'Dia' juga super senior...

Still ingat dengan drama TV popular 'SALINA' ??? hurm, nasz menamakan kami sbg watak2 utama yg t'dapat dlm drama t'sebut. Dia-Kamal (hero SALINA) , Saya-( heroin ke2 SALINA)...entah apa-apa je la Nasz ni kan ??? But actually ianya lebih kepada mencipta zon selamat. Al-maklumlah, kalau tahu dek cikgu2 mahunya kena masuk bilik Disiplin berserta dengan surat pengakuan kan ??? Tak sanggup dh rasanya...(^_^)

So, back to the topic...kesaktian harapan ni bermula dengan kisah SALINA CLONE tu...dimana kami memulakan persahabatan pada ketika saya sangat takut untuk bertegur sapa dengan dia. Kenapa takut ??? Sampai la ni saya pun tak tahu kenapa saya takut dengan dia.

MAYBE...
Dia tu seorang yg sangat 'cengey'..
MAYBE...
Dia tu seorang yg sangat tegas ( eh? iye ke ?? )
MAYBE...
Dia tu seorang yg ber'hati kering'...
& MAYBE...
Dia tu seorang yg hidung tinggi...

Banyaknya MAYBE...tapi itulah sebabnya kut...yang pasti saya pun tak tahu yg mana sebenarnya. Huhuhu
Hurm, dia seorang yg realistik, tak suka berpura2 sebab pada dia, apa yg nampak baik akan dipuji ( mengikut kesesuaian ) manakala yg x sedap mata memandang akan dikritik ( juga mengikut kesesuaian )... kalau dua2 dah tak sesuai, dia diam je la. That's the true colour of him. Dia seorang yg tersangatlah jujur & kadang2 tersangatlah lurus kebendulannya. Hihihi....


Persahabatan yg bermula adalah disebabkan tragedi yg sememangnya tidak disengajakan. Hurm, dalam keadaan yg tersangatlah pressure semua benda pun boleh jadi undercontrol kan ??? Dan itulah permulaannya. Dia memang terkenal dengan sifat tegasnya manakala saya pula terkenal dengan sifat menggelepar tak tentu pasal. Jadinya, bila Si Tegas yg Berhati Kering berjumpa dengan Si Menggelepar yg Berhati Tisu...maka apa akan jadi ??? A Worst Nightmares !!! hurm, itulah yg dapat saya simpulkan. A worst nightmares then changed to the best friendship...hahaha,, magik kan ??? Itulah namanya takdir, betul tak ???


Nasz, pada awalnya dia menyatakan dia suka melihat persahabatan kami. Tapi sudahnya dia juga yg menyatakan dia lebih suka jika melihat persahabatan saya dengan orang lain. Katanya, lebih akrab & lebih baik berbanding dengan dia. Nasz ni memang suka buat orang confius...hurm, but then..i'll understand what she's meant. Tak semua yg nampak indah di mata tu akan terusnya indah. Dan tak semua yg nampak buruk dimata tu akan terus buruk. In the other side, Nasz memang sangat matang dari usianya yg pada masa tu baru 14thn.

Kmi memang berkawan rapat untuk beberapa bulan ( actually sangat2 rapat, sampai jd gosip ) sebelum kami renggang yg teramat2 la renggang. Ha ! kan dah cakap, baik jangan baik sangat, jahat jangan jahat sangat. Bukan bermaksud kami bermusuh. Cuma masing2 menjarakkan diri demi untuk menyelamatkan persahabatan yg lain. Hm, dalam maksudnya tu...entah dekat mana silapnya pun kami tak tahu, tup2 ada pihak ke3, ke4 yg kurang senang. Bukan kurang senang @ lebih tepat lagi jealous. Itu tidak berlaku sama sekali. Cumanya ada yg terasa hati dengan kami. Yelah, pada mereka yg ke3 & ke4 ni, kami sudah jauh berubah. Bagi mereka lagi, kami dah tak memerlukan mereka sebagai sahabat sebab kami dah ada sahabat baru. Dah ada crying sholuder yg baru yg boleh berkongsi apa saja. Tapi hakikatnya kami sebenarnya sangat memerlukan mereka2 ni. Saya pun tak tahu dari mana mereka2 tu dapat idea yg macam tu.