Isnin, 20 Disember 2010

-Serabut Perut-




meminjam ayat dari sahabat saya
dia selalu guna ayat 'serabut perut' kalau dah terlampau kusut
So...
kisah hari ni berdasarkan keserabutan perut yang melanda
( x ada kaitan dgn segala alahan @ sakit pd perut (^_^) )

Sungguh, saya memang rasa macam nak putus nafas berfikir. Berfikir macam mana nak terus survive. Yelah, Semakin meningkat usia, Maka secara otomatiknya meningkat la kehendak dan secara tak langsung Semakin meningkat la budget harian, Maka bertambah la kepeningan kepala memikirkannya. ( Hah! percantuman 2 hipotesis....\^.^/,,, mau kene kejar keliling sekolah kalau cikgu sains saya tahu..heee~ )

Hurm, terlalu banyak rasanya yg saya fikirkan sekarang ni. Salah 1 nya merangkumi 3P :

1) Perbelanjaan harian
2) Pembiayaan pelajaran
3) Penjimatan kos harian

dengan suasana negara yg semakin membangun, semuanya memerlukan $$$$ yg mana ianya sudah menjadi nadi kehidupan ( selain nadi yg ada dlm badan kita )...

Terasa sesak nak bernafas bila mengenangkan yg setiap hari kita memerlukan $$$$ untuk menyara kehidupan. Kadang2 mengalir juga air mata bila mengingatkan bagaimana ibu saya perlu merancang dengan sebaik mungkin akan penggunaan $$$$ agar ianya terus ada. Kadang2 saya buntu memikirkan, bagaimana ibu menguruskannya. Sehingga ianya menjadi cukup untuk saya membiayai kos pembelajaran yg sememangnya memerlukan banyak $$$$. Hairan, tapi mungkin itulah magik yg ada pada setiap ibubapa yg sudah pastinya sukar untuk dikesan oleh anak2nya.

Selain dari soal $$$$...saya juga serabut perut memikirkan perancangan masa depan. Yelah, bila dah masuk frasa 2++ ni semuanya sudah mula untuk difikirkan. Semuanya perlu untuk direncanakan agar ianya terus tersusun dan x menjadi kelam kelibut. (^_^')....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan