Isnin, 20 Disember 2010

-Serabut Perut-




meminjam ayat dari sahabat saya
dia selalu guna ayat 'serabut perut' kalau dah terlampau kusut
So...
kisah hari ni berdasarkan keserabutan perut yang melanda
( x ada kaitan dgn segala alahan @ sakit pd perut (^_^) )

Sungguh, saya memang rasa macam nak putus nafas berfikir. Berfikir macam mana nak terus survive. Yelah, Semakin meningkat usia, Maka secara otomatiknya meningkat la kehendak dan secara tak langsung Semakin meningkat la budget harian, Maka bertambah la kepeningan kepala memikirkannya. ( Hah! percantuman 2 hipotesis....\^.^/,,, mau kene kejar keliling sekolah kalau cikgu sains saya tahu..heee~ )

Hurm, terlalu banyak rasanya yg saya fikirkan sekarang ni. Salah 1 nya merangkumi 3P :

1) Perbelanjaan harian
2) Pembiayaan pelajaran
3) Penjimatan kos harian

dengan suasana negara yg semakin membangun, semuanya memerlukan $$$$ yg mana ianya sudah menjadi nadi kehidupan ( selain nadi yg ada dlm badan kita )...

Terasa sesak nak bernafas bila mengenangkan yg setiap hari kita memerlukan $$$$ untuk menyara kehidupan. Kadang2 mengalir juga air mata bila mengingatkan bagaimana ibu saya perlu merancang dengan sebaik mungkin akan penggunaan $$$$ agar ianya terus ada. Kadang2 saya buntu memikirkan, bagaimana ibu menguruskannya. Sehingga ianya menjadi cukup untuk saya membiayai kos pembelajaran yg sememangnya memerlukan banyak $$$$. Hairan, tapi mungkin itulah magik yg ada pada setiap ibubapa yg sudah pastinya sukar untuk dikesan oleh anak2nya.

Selain dari soal $$$$...saya juga serabut perut memikirkan perancangan masa depan. Yelah, bila dah masuk frasa 2++ ni semuanya sudah mula untuk difikirkan. Semuanya perlu untuk direncanakan agar ianya terus tersusun dan x menjadi kelam kelibut. (^_^')....

Khamis, 16 Disember 2010

~Meronggeng~

Heee ~ ~
gayat je tajuk kali ni...


Ianya mengisahkan tentang aktiviti kami yg sememangnya asyik
- meronggeng -
- merayap -
- menjelajah -
itu la aktiviti kami sepanjang minggu
( wajib sebenarnya )

Heee ~ ~
setiap minggu mesti ada hari yg kami tak ada tercongok di rumah
kalau tak memang RUMAH KU SYURGA KU la...
duduk dalam rumah mengalahkan anak dara zaman SRI MERSING

DESTINASI ???

bab destinasi ni memang tak payah cerita la
semua tempat kalau boleh nak diterjah

TAPI

disebabkan kami ni agak lemah bab nak mengingat segala
- simpang -
- selekoh -
- signboard -
- traffic light -

SO...

dengan segala hormatnya kami hanya pergi tempat yg paling senang
nak cari jalan pulang....

DAN

kalau sesat pun
kami akan CALL orang yg bertanggungjawab yg mana level dia
bawah sikit dari MENTERI KERJA RAYA
Heee ~ ~
tanya je dia
confirm kami akan selamat sampai ke rumah ...


- MARRYBROWN -

- CIK AIN -

Rabu, 15 Disember 2010

Ke'BUSY'an Yang Terlampau....

ke"BUSY"an yang terlampau

Hehehe....
perosak bahasa antarabangsa saya ni kan? kan? kan?
TAPI
seriously saya memang busy...
yang teramat-amat sampai tak sempat langsung nak menjenguk blog....
( nasib baik x bersawang..huhu )

apa yang saya buat ???
Aha!!! ni yang saya nak share....
:')
saya BUSY me"matchmake"kan orang...
hee ~ ~
satu lagi bahasa dah saya kahwinkan...

Oh ya !!
berbalik pada tajuk saya tadi...
-BUSY-
macam yg saya tulis tadi...
saya me"matchmake"kan orang...
HA !!!
ianya adalah diantara 2 orang sahabat saya
Dan sudah semestinyalah berlawanan jantina kan ???
hee ~ ~

Hurm...
Alhamdulilah...usaha saya menjadi...
masing2 sudah pun berkawan...
TAPI
sebelum tu...
agak payah juga sebenarnya...

KENAPA ???
masing2 tidak pernah pun jumpa...
yang 1 di Pantai Timur...
yang 1 lagi di Selatan...
yang 1 garang semacam...
yang 1 pula pemalu sangat...

:')
walau bagaimanapun...
sekarang ni semuanya dah OK!!!
dan itu adalah salah satu ke'BUSY'an saya...

Ahad, 5 Disember 2010

- aA + hH 3 -

* bila sendirian fikiranku buntu mengingati dirimu *
** dikau tiada lagi disisiku **
* hatiku sayu bertambah pilu *
** sekiranya ku mendapat pengganti **
* ku harap yang esa sepertimu *
** seringkali aku berdoa padanya **
* agar tabah menyusuri hidup ini *
** Ya Allah berikanlah ku kekuatan **
* untuk tempuhi dugaan yang mencabar *

( memetik bait lagu dari kump: De-Hearty )

Kesudahan - aA + hH - ni....
ingin saya tamatkan kisah aA + hH ni sebab saya tak tahu penghujungnya. Apakah kesudahannya....bagi saya biarlah masa yg menentukan. Samada harapan saya tu akan jadi kenyataan atau pun harapan itu akan terus menjadi harapan.

Untuk dia....
Dia still sahabat saya sampai sekarang ni. Walaupun tak selalu bertembung muka tapi kami kerap bertukar khabar. Alah, sekarang kan zaman serba canggih. Jemputan kahwin pun invite guna FB je. So, samalah macam saya dan dia. HP, FB, YM, FRIENDSTER, TWITTER, MSN, TAGGED semua tu hujung kuku je kan ??? hehehe....bila2 masa je. Lagipula, sekarang ni kami sibuk. Dia sibuk dengan kerjayanya & saya sibuk dengan pengajian. Masa yg ada tu kami gunakan sebaik mungkin untuk bertukar khabar, bertanya berita...

Untuk Nasz....
adik saya tu SPM tahun ni. tapi selamba je dia bersuka ria macam sedang menduduki peperiksaan sekolah tadika. Tak faham saya. tapi hakikatnya she's brilliant. Dan saya percaya dia boleh skor straight A's....


- aA + hH 2 -

** seandainya tercatat dia milikku **
* seandainya tercatat dia untukku *
** dekatkanlah daku bermesra padu *
* bahagia sentiasa setiap waktu *
** tak ingin daku kecewa bercinta **
* andai diri bukanlah takdirnya *
** bawalah dia sesaujana mata **
* biarlah luput kelibat permata *
( memetik lirik lagu dari kump. De-Hearty )

menyambung perbicaraan tentang  - aA + hH 1 -.

kerenggangan kami berlangsung juga untuk beberapa bulan. Mungkin ego dari pihak saya. Yelah, orang tu dah bermurah hati nak menegur tapi saya tetap tayang muka kayu yang sekayu-kayunya. Kononnya nak tunjuk protes yg mana saya tak bersetuju dengan tindakan dia yg merenggangkan persahabatan kami. Tapi bila difikir2kan semula. Apa yg dia buat tu ada betulnya. Hakikatnya, saya & insan ke3 dah bertegur semula. Dia & insan ke4 juga dah berkawan baik semula. Kan ada hikmahnya dekat situ ??? Cuma itu la, ego seluas lautan pasifik...sudahnya saya juga yg menyesal.

Antara kami hanya bersapa bila perlu. Tersenyum pun jika terpaksa. Kalau tidak, dia dengan dunianya...saya dengan hal2 saya. Jarang untuk kami duduk berbual macam pada awalnya. Tapi, setiap yg terjadi tetap ada hikmahnya...mungkin kami tidak rapat tapi hubungan kami cukup baik. Ini dapat saya buktikan melalui satu event yg kami adakan. Kejasama dari kedua belah pihak ( adam & hawa ) tersangatlah diperlukan. Dan disitu kami okey sedikit. Hehehe.... Hurm, kebetulan dia telah ditugaskan untuk menjaga disiplin para pelajar, jadinya saya terpaksa banyak berkomunikasi dengannya untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal. Dan penat lelah kami tersangatlah berbaloi kerana semuanya berjalan lancar. Namun, event yg dirancang tidak dapat saya hadiri sehingga ke penamatnya. Mungkin kerana terlalu penat mempersiapkan segala kerja sebelum bermulanya event tersebut membuatkan antibodi saya berkurangan lalu mencetuskan demam yg maha teruk. Dan pada ketika itu dia yg perasan & bertanyakan tentang keadaan saya. Dan mungkin dari situ saya terlalu merasakan bahawa dia still concern walaupun kami dah tak macam dulu. Tapi bukan bermakna kami ada apa-apa sebelum ini. Cuma ikatan persahabatn itu yg menjadikan kami rapat. Thanks to the friendship...

Sabtu, 4 Disember 2010

- aA + hH -

** Sukar dinilai dengan materi, **
 * hanya hati budi yang kan mengerti, * 
** resah merindu meronta kalbu, **
* hanya janji setia sabda ditunggu.... *


 ( mencuri bait2 kata dari lagu 'Kesaktian Cinta'... )

Kenapa ianya bertajuk sedemikian ??? Hihihi....ni semua bermula dengan adik saya NURUL NASRIAH ... dia memang sangat2 menjadikan keterujaannya itu sebuah realiti yang tak pasti. Dari dia lah bermulanya sebuah harapan ni. Harapan yang tersangatlah palsu...(^_^)....

bersedia ya?? kisahnya agak panjang...

2007...

saya ialah super senior ...nasz ialah 2nd junior .... & 'Dia' juga super senior...

Still ingat dengan drama TV popular 'SALINA' ??? hurm, nasz menamakan kami sbg watak2 utama yg t'dapat dlm drama t'sebut. Dia-Kamal (hero SALINA) , Saya-( heroin ke2 SALINA)...entah apa-apa je la Nasz ni kan ??? But actually ianya lebih kepada mencipta zon selamat. Al-maklumlah, kalau tahu dek cikgu2 mahunya kena masuk bilik Disiplin berserta dengan surat pengakuan kan ??? Tak sanggup dh rasanya...(^_^)

So, back to the topic...kesaktian harapan ni bermula dengan kisah SALINA CLONE tu...dimana kami memulakan persahabatan pada ketika saya sangat takut untuk bertegur sapa dengan dia. Kenapa takut ??? Sampai la ni saya pun tak tahu kenapa saya takut dengan dia.

MAYBE...
Dia tu seorang yg sangat 'cengey'..
MAYBE...
Dia tu seorang yg sangat tegas ( eh? iye ke ?? )
MAYBE...
Dia tu seorang yg ber'hati kering'...
& MAYBE...
Dia tu seorang yg hidung tinggi...

Banyaknya MAYBE...tapi itulah sebabnya kut...yang pasti saya pun tak tahu yg mana sebenarnya. Huhuhu
Hurm, dia seorang yg realistik, tak suka berpura2 sebab pada dia, apa yg nampak baik akan dipuji ( mengikut kesesuaian ) manakala yg x sedap mata memandang akan dikritik ( juga mengikut kesesuaian )... kalau dua2 dah tak sesuai, dia diam je la. That's the true colour of him. Dia seorang yg tersangatlah jujur & kadang2 tersangatlah lurus kebendulannya. Hihihi....


Persahabatan yg bermula adalah disebabkan tragedi yg sememangnya tidak disengajakan. Hurm, dalam keadaan yg tersangatlah pressure semua benda pun boleh jadi undercontrol kan ??? Dan itulah permulaannya. Dia memang terkenal dengan sifat tegasnya manakala saya pula terkenal dengan sifat menggelepar tak tentu pasal. Jadinya, bila Si Tegas yg Berhati Kering berjumpa dengan Si Menggelepar yg Berhati Tisu...maka apa akan jadi ??? A Worst Nightmares !!! hurm, itulah yg dapat saya simpulkan. A worst nightmares then changed to the best friendship...hahaha,, magik kan ??? Itulah namanya takdir, betul tak ???


Nasz, pada awalnya dia menyatakan dia suka melihat persahabatan kami. Tapi sudahnya dia juga yg menyatakan dia lebih suka jika melihat persahabatan saya dengan orang lain. Katanya, lebih akrab & lebih baik berbanding dengan dia. Nasz ni memang suka buat orang confius...hurm, but then..i'll understand what she's meant. Tak semua yg nampak indah di mata tu akan terusnya indah. Dan tak semua yg nampak buruk dimata tu akan terus buruk. In the other side, Nasz memang sangat matang dari usianya yg pada masa tu baru 14thn.

Kmi memang berkawan rapat untuk beberapa bulan ( actually sangat2 rapat, sampai jd gosip ) sebelum kami renggang yg teramat2 la renggang. Ha ! kan dah cakap, baik jangan baik sangat, jahat jangan jahat sangat. Bukan bermaksud kami bermusuh. Cuma masing2 menjarakkan diri demi untuk menyelamatkan persahabatan yg lain. Hm, dalam maksudnya tu...entah dekat mana silapnya pun kami tak tahu, tup2 ada pihak ke3, ke4 yg kurang senang. Bukan kurang senang @ lebih tepat lagi jealous. Itu tidak berlaku sama sekali. Cumanya ada yg terasa hati dengan kami. Yelah, pada mereka yg ke3 & ke4 ni, kami sudah jauh berubah. Bagi mereka lagi, kami dah tak memerlukan mereka sebagai sahabat sebab kami dah ada sahabat baru. Dah ada crying sholuder yg baru yg boleh berkongsi apa saja. Tapi hakikatnya kami sebenarnya sangat memerlukan mereka2 ni. Saya pun tak tahu dari mana mereka2 tu dapat idea yg macam tu.

Ahad, 28 November 2010

- C U D IPT -


- SEE YOU DI IPT -

** Santun pekertimu & lembut tutur katamu **
* Menarik minatku untukku mendekatimu *
** Sepucuk suratku tulis...menyatakan harapan **
* Walaupun ku kebimbangan...kau berbeza pandangan *
** Namun ku tetap menanti jawapan **
* Alangkah riangnya di hatiku...luahan hasratku mendapat perhatian *
** Ku terima balasan darimu...kau jua menyimpan perasaan **
* Warkahmu memberi kepastian *
** Hanya kejayaan menentu pertemuan **
* Setiap kali di akhir katamu...kau selalu tulis C.U.D.IPT *
** Guru selalu mengingatkan...kita dilarang berkasihan **
* Ketika masih di alam persekolahan *
** Bangkit semangat keazaman **
* Memburu cita & impian *
** Biar terpaksa rahsiakan hubungan **
* Dengan segala kesungguhan...ku timba ilmu pelajaran *
** Hingga warkahmu menjadi kenangan **
* Betapa syukurnya dihatiku...segala impian menjadi kenyataan *
** Terpancarlah cahaya gemilang...kini kejayaan di genggaman **
* Andai kau kembali ku temui...akanku menuntut kata2 & janji *
** Kau selalu tulis C.U.D.IPT **

- Ha !! tahu kan lagu ni ??? hehe (^_^) Lagu yang sangat famous masa zaman saya sekolah dulu. Dan lagu ini juga lah yg kami jadikan sebagai Motto hidup.

- Sebagai pelajar memang kami takkan dapat lari dari frasa kata 'Cinta Monyet'. Hehe...biasalah zaman tumbesaran kan ??In fact, ada sahabat saya ni...sanggup menulis lirik lagu ni di blackboard. Alasannya, saja2 buang masa...boring time rehat tak buat apa2. Padahal bukanlah kami semua ni tak tahu yg dia sebenarnya sedang meluahkan perasaan terhadap sahabat perempuan saya yg satu itu. Tapi, macam yg dah tertera dalam lirik lagu ni, 'Guru selalu mengingatkan kita dilarang berkasihan ketika masih di alam persekolahan'. So, secara tak langsung...luahan perasaan dari teman saya itu telah diabaikan. Saya rasa teman saya tu tersalah pilih lagu. Walau apa pun saya bangga dengan usahanya, yelah...dia memang dah dapat mengagak akan reaksi sahabat saya itu. Namun, kerana nekad yg teramat sangat dia tebalkan juga muka. Bagi saya, memang cukup sukar untuk berjumpa dengan orang semacam dia pada zaman sekarang ni. ( huhu ! confident je cakap )

- Dan kerana lagu inilah juga, kami menjadikan ianya sebagai satu destinasi yg sebenarnya kami sendiri tidak pasti hala tujunya. Tapi biasalah, sifat para pelajar kan ?? Setiap yg dilarang, tanpa isyarat sepantas mungkin akan dilakukan, TAPI apa yg disuruh cukup liat untuk ditunaikan. Dalam kamus kami, perkataan TRY & ERROR tu dah jadi rutin. Tapi selalunya apa yg di Trial kan pastinya akan bertemu dengan Error. Satu eksperimen yg sebenarnya mengajar kami untuk terus mencuba & mencuba. ( hurm, jauh dah lari topik ni )

- Dan kami berpegang kepada lirik akhir lagu ini 'Betapa syukurnya dihatiku...segala impian menjadi kenyataan, Terpancarlah cahaya gemilang...kini kejayaan di genggaman, Andai kau kembali ku temui...akanku menuntut kata2 & janji' ...Tapi rasanya tak ada apa yg nak kami tuntut. Sebab tu semua sekadar suka ria.


Sabtu, 27 November 2010

- Tulus Tangis -

- Apa khabar imanku ??? -

- Semoga ianya makin bercambah & terus mekar disudut hati SEBAB aku tak sanggup untuk kehilangannya walaupun secebis...

- Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan ianya iman kerana aku tidak mampu untuk hidup tanpanya...

- Ya Muhaimin, aku redha di setiap ketentuan yg Engkau berikan walaupun kadang-kala aku mengharap ianya lebih dari itu...

- Ya Rabbana, peliharakanlah hatiku sebagaimana telah Kau pelihara hati-hati mujahidah sebelumku...

- Ya Rabbul I'zzati, aku terlalu mengejar cinta mujahidin sehinggakan aku terleka untuk mengejar cintaku padaMu...

- Ya Allah, masih terbukakah pintu keampunan buat diriku ini ??? Masih layakkah aku untuk menagih keampunanMu ???

- Ya Muhaimin, terlalu banyak rasanya dosa yang aku lakukan...terlalu banyak rasanya masa yg telah aku bazirkan kerana sibuk melayan kelekaan duniawi ... Terlalu banyak hari yg telah aku lalui bersama dengan kealpaan diri ... terlalu banyak waktu yg telah aku buang selama hayatku ini...

- Ya Rabbana, mampukah aku melalui liku-liku kehidupan ini tanpa keredhaanMu...kuatkah aku untuk menempuhi perjalanan hidup ini tanpa KasihMu...

- Ya Rabbul I'zzati, jangalah pernah Engkau biarkan aku keseorangan kerana hanya Engkau tempat aku mengadu keluh-kesah serta tangis hiba juga suka ria ... Hanya PadaMu yg Maha Mengerti lagi Memahami ...


Isnin, 22 November 2010

Iftaqodtuki Kathiran !!! Last

Iftaqodtuki kathiran !!!
- episod last -
\^_^/

- untuk yg terakhir ni -
- kisah mengenai sahabat yg kini berada di Mesir -
- dia memang sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di bumi Ilmuan -
- tidak saya nafikan -
- suatu ketika dahulu...kami semua juga pernah berangan untuk menimba ilmu disana -
- namun takdir tidak mengizinkan kami -
- mungkin ada hikmah yg kami sendiri juga tidak tahu -
- walau macam mana pun -
- jutaan TAHNIAH buat dia -
- berbaloilah dengan usahanya -

- FARAH HAZIQAH -

- DIA -
- malam2nya seperti malam2 peperiksaan -
- hidupnya tidak pernah berenggang dengan kitab2 & buku2 -
- sedang kami semua leka bermain -
- dia hanya jadi pemerhati sahaja -
- kadang2 rasa cemburu -
- namun, kami lebih mementingkan keseronokkan -
- benarlah kata pepatah -
- berakit2 kehulu...berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu...bersenang2 kemudian -
- TAPI -
- itu saya khususkan untuk dia lah -
- kalau untuk kami pula -
- berakit ke...berenang ke tak pandang dah -
- kami naik ferry je...lebih selesa & selamat sampai ke tepian -
- hihihi -
- & mungkin sebab tu lah kami tak sampai2 ke sana sekarang ni -
- sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna -

 
- DIA -
- memang seorang pelajar yg bijak -
- kenapa saya cakap macam tu ??? -
- bukanlah kami yg lain ni tak bijak...cumanya dia lebih sikit dari kami je -
- ( ayat jealous ) -
- TAPI -
- macam yg saya cakap tadi -
- dia memang bijak -
- tidak pernahnya ada B dalam kamus hidup dia -
- semuanya A sahaja -
- kalau exam -
- dia fotostart je dari buku -
- dengan menggunakan mesin fotostart di kepalanya -
- HAH ! -
- tu lah sebabnya saya cakap dia bijak -
- jawapan yg diberi memang sebijik sebijan keluar dari buku macam mesin fotostart -
- kalau boleh dia nak letak sekali nama syarikat penerbit dengan pengarang buku -
- saya memang tabik spring toink2 !! la pada dia -


- majlis reunion sebelum keberangkatan dia -


- UKHUWAH -
- saya & dia memang rapat -
- maklumlah...dalam kelas duduk sebelah je -
- & pernah juga 1 dorm dengan dia -
- tapi tak dapat2 juga hidayah macam dia -
- MAYBE-
- dia dah sedut semua hidayah tu kut ... -
- arggghh !!! astaghfirullahal'azim...( awak minta maaf ) -
- semuanya terletak pada diri kita kan ??? -
- Hurm....-
- kami memang rapat -
- time dalam kelas lagilah rapat ( sebab dia boleh tolong saya !! ) -
- dalam asrama pun kami rapat juga -
- tapi macam biasalah...dia dengan buku -
- saya pun dengan buku juga siap ada KAMUS lagi -
- ( kamus apa ??? hanya yg berkenaan je yg tahu ) -

- walaupun dia jauh beribu batu nautica -
- tapi kami still keep in touch !!! -
- sahabat yg baik mana boleh lupa sahabat2 nya kan ??? -
- kami dah buat reunion sebelum dia terbang melayang ke Mesir -
- & kami tunggu dia balik Malaysia untuk reunion seterusnya -
- saya dengan dia pernah berjanji -
- dia cakap " aku nak sambung belajar dekat mesir, ambil usuluddin. Kau ??? " -
- saya pula " aku nak sambung dekat Melbourne, ambil bussiness admin. " -
- dan nanti lepas 5-6 tahun study...kita balik baru buat reunion ! -
- tapi impian saya belum lagi tercapai -
- dan saya sentiasa doakan dia untuk terus kuat & tabah di sana -



Iftaqodtuki Kathiran !!! Ep.4

Iftaqodtuki Kathiran !!!
menyambung nukilan episod 3
\^_^/

- kalau drama korea ada kisah "Boys Over Flower" -
- saya pula ada kisah "Boys Over 5 UTM" -

- ni lah dia ! boys batch 03-07 -

- segak tak diorang ??? -
- hihihi...saya pun tak ada jawapannya -
- biarlah mereka2 saja yg menjawabnya -
- ini adalah diantaranya la -
- yg lain tu saya pun tak tahulah mana diorang pergi meng'underground'kan diri -

- KISAH MEREKA -
- mereka2 ni tersangatlah famous ( masa batch saya form 5 la ) -
- sampai ada junior2 yg nak buat abang angkat lagi -
- TAPI -
- kami sebagai wakil puteri yg hampir pupus dengan kuasa Vetonya menghalang ( sebenarnya lebih kepada takut terjejas reputasi ) -
- ada diantara mereka2 ni mempunyai kaitan rapat dengan kami -

- MEREKA -
- mereka2 ni semua memang selamba tahap moyang biawak komodo -
- sikit punya terrorlah bab berlagak tenang ni -
- coolio habisan tahap tak ingat -
- kadang2 saya terfikir -
- dari mana diorang belajar sekolahkan muka tahap tunggul kayu macam tak pernah ada apa2 yg jadi -
- kalau buat kes pun, muka boleh siap senyum lebar macam dapat meteor dari langit -
- kalau kami lah yg kena -
- for sure la menggelepar mengalahkan anak gajah nampak mak tikus -
- hurm ??? -

- MAYBE... -
- bukan maybe tapi because -
- b'coz kaum lelaki ni telah dikurniakan dengan 1 nafsu & 9 akal -
- so, diorang dengan bangganya akan menggunakan ke9-9 akal diorang tu untuk menyelesaikan masalah -
- alah , bak kata diorang juga -
- " rileks suda..." -

- TAPI -
- kita sebagai kaum hawa -
- yg memang dah terang lagi bersuluh dengan sportlight tu...dikurniakan dengan 1 akal & 9 nafsu -
- so, confirm2 la akan menggelepar -
- maklumlah akal just ada 1 je -
- so, bila akal dah jam...semua benda yg senang macam kacang tu pun tak boleh nak fikir dah -


- reunion 2009  Dewan sekolah -

- HAH ! -
- jangan tak tahu -
- kami punya kisah unik -
- ada yg bermula dengan Ejek-mengejek -
- ada yg bermula dengan Marah-memarah -
- ada yg bermula dengan Segan- menyegan -
- ada yg bermula dengan Takut-menakut -
- dan ada juga yg mula dengan Malu-memalu -
- (eh ! ada ke semua perkataan tu dalam kamus dewan ??? ) -
- tak kisahlah..ada ke takde -
- TAPI -
- lastnya kami boleh jadi kawan yg sangat rapat -
- yg saling memerlukan antara 1 sama lain -
- saling ambil berat -
- saling cover-mencover -
- hehehe !!! -


- picnic 2007  Tampok Laut -

- mereka2 ni juga sangat 'gila cam' -
- ingatkan kami je -
- rupa2nya mereka2 ni juga sama -
- hurm... tak hairanlah kan, kalau pic diorang lebih banyak dari kami -

- batch 2003-2007 -

- zaman kegemilangan tu pun dah lama berlalu -
- hampir 3 tahun -
- kami semua dah bertebar ke serata ceruk dunia -
- ada yg masih di Malaysia -
- ada yg di Singapore -
- ada yg di Indonesia -
- ada yg di Mesir -
- dan ada juga yg bakal berada di UK -
- masing2 membawa haluan -
- melangkah mengejar cita2 & impian -
- yg ada bersama kami cuma secebis kenangan -
- kenangan Riang Ria, Suka Suki, Gelak Tawa, Sedu Sedan, Tangis Hiba, -


Iftaqodtuki Kathiran !!! Ep.3

Iftaqodtuki Kathiran !!!
menyambung kisah di episod 2
(^_^)

Ni kisah kakak2 kami....
- diorang ni bermula dengan puluhan orang -
- tapi untuk 2 tahun terakhir...5 orang je yg bersisa -


- ampunlah kakak2 ku -

- NURHAFDIKAINI -

- tu gelaran diorang la ... macam kitorang juga ( hihi ) -
- mereka2 ni terdiri daripada -

- AINUR FADILAH ( kak I-no ) -
- NUR AMIRAH ( kak miera ) -
- ERIKA HIDAYATI ( kak erik ) -
- ANNUR HAFIIDZA ( kak annur ) -
- QURRATU AINI ( kak qur ) -
- tangga sekolah level 3 ( 2006 ) -

- mereka ni semuanya cantik & ayu -
- TAPI -
- don't judge the book by it's cover ! -
- dalam kelembutan...keayuan serta kecantikkan -
- mereka sebenarnya sangat BERBAHAYA -
- Hahaha !!! -
- bukanlah berbahaya yg macam mana pun -
- diorang ni sangat penuh dengan gelak tawa -
- pada kami yg pernah sebumbung..sepinggan...sebantal...sedorm & seasrama -
- memang takkan pernahnya kering gusi la -
- ada2 saja yg mencuit hati -
- even kena denda duduk bawah meja time prep pun boleh jadi bahan ketawa -
- mana tidaknya...dalam kena denda...diorang masih boleh mengubah suasana denda menjadi suasana picnic paling unik ( menjamu selera dibawah meja ) -

- dinner ! kantin puteri 2007 -

- itu baru salah 1 antaranya -
- yg lain ??? -
- hurm..... -
- ada !!!  \^_^/ -
- masa kami didenda JALAN ITIK dek kerana melanggar disiplin asrama -
- mereka2 ni pun tak terkecuali -
- tapi segmen jalan itik yg pd awalnya serius menjadi huru-hara dibuat dek mereka2 ni -
- macam2 gaya -
- barulah saya sedar...rupa2nya...itik mempunyai pelbagai cara dalam berjalan -
- lebih kurang macam CATWALK itik la -
- ada yg lambat...yg cepat ( lebih kurang melompat la )...yg asyik tersungkur...yg asyik berhenti & yg paling unik itik merangkak -
- hahaha...ni semua terhasil dek kerana nak melengahkan masa dalam pada waktu yg sama untuk melegakan urat2 yg dah makin tersimpul -
- kreatif kan diorang ni ??? -

- HOBI PERSONAL -

- mereka2 ni mempunyai hobi2 yg cukup menarik -

- kak I-no : -
- dia ni suka sangat baca novel -
- sebut je la apa tajuk novel yg hot kat kedai buku...sure dia tahu -
- dia pun suka membebel ( psst..rahsia tau ! ) -
- kak miera : -
- dia ni suka apa ekh ??? -
- dari pengamatan saya -
- dia ni suka kepada apa2 yg berunsur fesyen -
- ala...dia pun memang sangat cantik -
- kak erik : -
- dia suka menyanyi & bergendang -
- ala...dah memang tu pun kerja dia setiap hari -
- dalam nasyid group pun dia memang jadi orang penting -
- kak annur : -
- dia ni suka berdebat -
- maklumlah...cita2 pun nak jd lawyer... -
- 1 lagi...dia ni sangat berbakat dalam bidang penulisan -
- dia pernah tulis novel ( tapi tak tahulah dah terbit ke belum ) -
- kak qur : -
- dia ni spesis kak I-no juga -
- hantu novel -
- dia sanggup tak makan asalkan dia dapat beli novel -

- HOBI NURHAFDIKAINI -

- & mereka juga berkongsi hobi bersama -
- apa ye ??? -
- mereka2 ni suka bergambar -
- mereka2 ni juga suka buat lawak -
- mereka2 ni suka tidur -
- mereka2 ni suka buat cerita tipu -
- mereka2 ni juga suka menyanyi -
- Ha !!! cukup 5 hobi yg mewakili 5 orang -

- waktu lunch ! aspuri 2007 -
- hurm... -
- pada kami...diorang ni memang sangat best -
- 2 tahun terakhir bersama diorang memang mencipta Suka Duka, Riang Ria, Gelak Tawa, -
- diorang ni jenis selamba biawak je -
- apa yg diorang rasa nak buat diorang buat je la -
- yg penting HAPPY !!! -

- antaranya : -
- waktu P&P sedang berjalan pun -
- diorang boleh escape kelas -
- semata-mata nak bergambar -
- ish3 !!! -

- waktu P&P ! halaman rumah pengetua 2006 -




Ahad, 21 November 2010

Iftaqodtuki Kathiran !!! Ep.2

Iftaqodtuki Kathiran !!!
menyambung kisah di episod 1
(^_^)

Kisah adik2 kami...
macam mana diorang ni boleh jd adik kami...
(^_^)

PUTRIAYU

- ayu ni lahir sama bulan dengan kakak dia -
- seorang yg happy go lucky -
- ada masalah pun still cool & steady -
- dia sangat comel -
- tapi dia nakal sangat -
- semua benda dia redah -
- nama dia wajib dalam buku disiplin -
- dia cakap " tak heran dah kena denda " -
- dia memang sangat nakal tapi dia juga sangat caring -
- dia suka menyanyi...1 hobi dengan kakak dia juga -
- bestfriend dia...NURUL NASRIAH ABDUL HALIM -
- mana pergi mesti ada diorang ni -
- walaupun tak 1 kelas &  tak 1 dorm tapi still rapat -
- perangai pun sama je -
- & kami memang sayang sangat dengan diorang ni walau apa pe pun diorang buat -
- dia cuma nakal tapi dia still hormat orang lain -


NURUL HIDAYU ( ayu )



NASHA

- ni lagi unik -
- orang tua2 selalu cakap " kalau benci sangat2 nanti akan sayang sangat2 " -
- ha !! dah betul la tu cakap orang2 tua -
- kakak dia memang pada mulanya sangat2 tak suka dengan dia -
- paling ketara masa minggu orintasi -
- nasz ni adik2 di bawah didikan saya (^_=) -
- manakala akak dia pula group lain -
- tapi selalulah join venture dengan group kami -
- sebab tak suka : -
- 1) dia ni tak pernah serius -
- 2) asyik main2 je -
- 3) teramatlah 'poyo' ( bak kata kawan2 dia la ) -
- tapi dia ni sebenarnya sangat baik & penyayang -
- dia juga sangat soft walaupun selalu berlagak heartless -
- dia memang nakal -
- dan dia juga sangat kreatif -
- idea dia juga sangat gila2 -
- 1 hari kalau tak dengar suara dia...mesti ada something wrong la tu -
- dia juga suka tidur -
- dan yg paling special...dia 1 dorm dengan akak dia -
- dia ni tak boleh tengok orang lain nangis...nanti dia mula menggelepar -
- the very best part is...dia sangat kelakar -
- dia & ayu kami ibaratkan sebagai kembar -

NURUL NASRIAH ( nasz )


ZARAHUDA

- dia ni tak sama batch dengan adik2 yg lain -
- dia muda setahun -
- masa dia mendaftar...sesi persekolahan baru je bermula -
- dan baru je habis minggu orintasi -
- dia ni nampak pendiam..tapi sebenarnya tak adalah pendiam sangat -
- cumanya dia tak sekecoh yg dua orang tu -
- dia juga sangat comel...tapi sekarang dia dah cantik -
- dia ni lemah lembut orangnya -
- dia dengan akak dia juga tak banyak cakap -
- diorang selalu tukar2 surat je ( mane boleh bawa hp kn ? )
- dia tak pandai mengadu kalau ada apa2 masalah -
- tapi dia ada kawan2 yg selalu update pasal dia dekat akak dia -
- maybe masing2 segan kut -
- diorang selalu keep in touch jarak jauh je ( sebenarnya tak jauh pun )
- dia 1 dorm dengan Sharinah & bersebelahan dengan dorm akak dia -
- walaupun dia tak rapat macam adik2 yg lain -
- tp dia tetap jadi yg tersayang -

EMIRA ZARA ( emira )


- Dan selepas kami menamatkan alam persekolahan -
 -diorang juga membawa langkah ke destinasi yg bersesuaian -
- bertebar ke serata ceruk demi menimba ilmu -
- dan Alhamdulilah...ukhuwah kami masih lagi utuh -
- masih lagi berutus khabar -
- bertukar bicara -


(^_^)