Ahad, 5 Disember 2010

- aA + hH 2 -

** seandainya tercatat dia milikku **
* seandainya tercatat dia untukku *
** dekatkanlah daku bermesra padu *
* bahagia sentiasa setiap waktu *
** tak ingin daku kecewa bercinta **
* andai diri bukanlah takdirnya *
** bawalah dia sesaujana mata **
* biarlah luput kelibat permata *
( memetik lirik lagu dari kump. De-Hearty )

menyambung perbicaraan tentang  - aA + hH 1 -.

kerenggangan kami berlangsung juga untuk beberapa bulan. Mungkin ego dari pihak saya. Yelah, orang tu dah bermurah hati nak menegur tapi saya tetap tayang muka kayu yang sekayu-kayunya. Kononnya nak tunjuk protes yg mana saya tak bersetuju dengan tindakan dia yg merenggangkan persahabatan kami. Tapi bila difikir2kan semula. Apa yg dia buat tu ada betulnya. Hakikatnya, saya & insan ke3 dah bertegur semula. Dia & insan ke4 juga dah berkawan baik semula. Kan ada hikmahnya dekat situ ??? Cuma itu la, ego seluas lautan pasifik...sudahnya saya juga yg menyesal.

Antara kami hanya bersapa bila perlu. Tersenyum pun jika terpaksa. Kalau tidak, dia dengan dunianya...saya dengan hal2 saya. Jarang untuk kami duduk berbual macam pada awalnya. Tapi, setiap yg terjadi tetap ada hikmahnya...mungkin kami tidak rapat tapi hubungan kami cukup baik. Ini dapat saya buktikan melalui satu event yg kami adakan. Kejasama dari kedua belah pihak ( adam & hawa ) tersangatlah diperlukan. Dan disitu kami okey sedikit. Hehehe.... Hurm, kebetulan dia telah ditugaskan untuk menjaga disiplin para pelajar, jadinya saya terpaksa banyak berkomunikasi dengannya untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal. Dan penat lelah kami tersangatlah berbaloi kerana semuanya berjalan lancar. Namun, event yg dirancang tidak dapat saya hadiri sehingga ke penamatnya. Mungkin kerana terlalu penat mempersiapkan segala kerja sebelum bermulanya event tersebut membuatkan antibodi saya berkurangan lalu mencetuskan demam yg maha teruk. Dan pada ketika itu dia yg perasan & bertanyakan tentang keadaan saya. Dan mungkin dari situ saya terlalu merasakan bahawa dia still concern walaupun kami dah tak macam dulu. Tapi bukan bermakna kami ada apa-apa sebelum ini. Cuma ikatan persahabatn itu yg menjadikan kami rapat. Thanks to the friendship...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan