Ahad, 28 November 2010

- C U D IPT -


- SEE YOU DI IPT -

** Santun pekertimu & lembut tutur katamu **
* Menarik minatku untukku mendekatimu *
** Sepucuk suratku tulis...menyatakan harapan **
* Walaupun ku kebimbangan...kau berbeza pandangan *
** Namun ku tetap menanti jawapan **
* Alangkah riangnya di hatiku...luahan hasratku mendapat perhatian *
** Ku terima balasan darimu...kau jua menyimpan perasaan **
* Warkahmu memberi kepastian *
** Hanya kejayaan menentu pertemuan **
* Setiap kali di akhir katamu...kau selalu tulis C.U.D.IPT *
** Guru selalu mengingatkan...kita dilarang berkasihan **
* Ketika masih di alam persekolahan *
** Bangkit semangat keazaman **
* Memburu cita & impian *
** Biar terpaksa rahsiakan hubungan **
* Dengan segala kesungguhan...ku timba ilmu pelajaran *
** Hingga warkahmu menjadi kenangan **
* Betapa syukurnya dihatiku...segala impian menjadi kenyataan *
** Terpancarlah cahaya gemilang...kini kejayaan di genggaman **
* Andai kau kembali ku temui...akanku menuntut kata2 & janji *
** Kau selalu tulis C.U.D.IPT **

- Ha !! tahu kan lagu ni ??? hehe (^_^) Lagu yang sangat famous masa zaman saya sekolah dulu. Dan lagu ini juga lah yg kami jadikan sebagai Motto hidup.

- Sebagai pelajar memang kami takkan dapat lari dari frasa kata 'Cinta Monyet'. Hehe...biasalah zaman tumbesaran kan ??In fact, ada sahabat saya ni...sanggup menulis lirik lagu ni di blackboard. Alasannya, saja2 buang masa...boring time rehat tak buat apa2. Padahal bukanlah kami semua ni tak tahu yg dia sebenarnya sedang meluahkan perasaan terhadap sahabat perempuan saya yg satu itu. Tapi, macam yg dah tertera dalam lirik lagu ni, 'Guru selalu mengingatkan kita dilarang berkasihan ketika masih di alam persekolahan'. So, secara tak langsung...luahan perasaan dari teman saya itu telah diabaikan. Saya rasa teman saya tu tersalah pilih lagu. Walau apa pun saya bangga dengan usahanya, yelah...dia memang dah dapat mengagak akan reaksi sahabat saya itu. Namun, kerana nekad yg teramat sangat dia tebalkan juga muka. Bagi saya, memang cukup sukar untuk berjumpa dengan orang semacam dia pada zaman sekarang ni. ( huhu ! confident je cakap )

- Dan kerana lagu inilah juga, kami menjadikan ianya sebagai satu destinasi yg sebenarnya kami sendiri tidak pasti hala tujunya. Tapi biasalah, sifat para pelajar kan ?? Setiap yg dilarang, tanpa isyarat sepantas mungkin akan dilakukan, TAPI apa yg disuruh cukup liat untuk ditunaikan. Dalam kamus kami, perkataan TRY & ERROR tu dah jadi rutin. Tapi selalunya apa yg di Trial kan pastinya akan bertemu dengan Error. Satu eksperimen yg sebenarnya mengajar kami untuk terus mencuba & mencuba. ( hurm, jauh dah lari topik ni )

- Dan kami berpegang kepada lirik akhir lagu ini 'Betapa syukurnya dihatiku...segala impian menjadi kenyataan, Terpancarlah cahaya gemilang...kini kejayaan di genggaman, Andai kau kembali ku temui...akanku menuntut kata2 & janji' ...Tapi rasanya tak ada apa yg nak kami tuntut. Sebab tu semua sekadar suka ria.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan