Isnin, 15 November 2010

Aku & Dia ....( Chapter 1 )

Bismillahirrahmanirrahim ....

                     

 ... Alhamdulilah, saya masih diberi peluang untuk terus mengupdate blog ni. Hurm, sebagaimana tajuk yang saya pilih kali ini. Aku Dan Dia ... hihi ... minta di perbetulkan semula jika ada yang menyangka tajuk kali ini akan berkisahkan tentang "Saya Dan Si Ikhwan ( kaum muslimin )". Ianya bukanlah seperti yang dijangkakan kerana kali ini cerita tentang sahabat baik saya...

Kami berbeza umur, dia tua setahun dari saya tapi itu bukanlah menjadi penghalang untuk kami berkawan baik. kami mula berkenalan pada tahun1997, pada waktu saya baru berusia 7 tahun. Baru darjah satu, manakala dia pula darjah dua. Kebetulan saya dengan dia berjiran, jadinya kami berkawan rapat sehinggalah saya sedar bahawa dialah sahabat saya.

Yelah, kemana saja kami akan bergerak berdua. Zaman kanak-kanak kami lagilah penuh ceria, riang-ria. Segala pelosok kampung kami redah, segala pokok kami tawan dan segala parit kami terjah. Hihihi ... kenapalah saya buka cerita lama ni ?? Hurm, tapi itulah pengalaman yang sememangnya tak boleh saya lupakan.

Kenderaan rasmi kami pulak, basikal. Kami mempunyai basikal yang sama jenama, sama bentuk dan sama tinggi. Tapi berlainan warna. Dia memilih warna biru manakala saya memilih warna merah. Hehehe .... hampir 4tahun basikal kami tu berbakti dengan baiknya. Kemana saja, tak kira tempat, tak kira waktu. Ke sekolah agama, ke sekolah rendah, ke kelas mengaji, ke kelas komputer, ke padang bola, ke ceruk kampung, even ke kampung sebelah pun basikal tu tetap jadi peneman setia kami. Dan sehinggalah kami melangkah ke alam sekolah menengah, kenderaan kami juga sudah bertukar. Hehehe ... dari sebiji basikal, kami bertukar ke sebuah 'Bas Express Maju 96'...

Alam sekolah menengah ! Oh ya, lupa pula. Kami berdua telah membulatkan hati untuk mencampakkan diri ke sebuah sekolah berasrama. Bukanlah asrama penuh seperti MRSM. Tapi ianya lebih senang kalau dikatakan sekolah menengah agama. Hihi... disinilah sebenarnya kami membesar dan belajar makna sebenar kehidupan. Actually 'Pra-kehidupan' ..hehe ... Dan inilah kali pertamanya kami duduk berjauhan dengan keluarga. Yelah, kami berdua memang sudah menjadi kebetulan dan juga kebetulan yang membawa kami kepada hampir serupa. Dimana kami adalah anak bongsu dan tidak mempunyai abang mahupun adik. Okaylah, berbalik pada alam sekolah menengah. Dia yang memulakan tradisi ini dan kemudian barulah saya mengikutinya. Maklumlah, dia kan lebih tua dari saya. Alah, tapi itu bukan permasalahannya kan ??

Alhamdulilah, saya tidaklah sehomesick mana pun. Hurm...mungkin sebab dia ada kut. So, saya taklah rasa yang saya keseorangan kan ?? Dan bersyukur sangat-sangat sebab kawan-kawan dia juga menerima saya dengan cepat. Oh ya ! Saya sebenarnya tak pandai iron baju. Bukan sebab tak pernah mengiron baju sekolah sendiri. Tapi saya tak pandai menggunakan temat menggosok baju yang pihak sekolah sediakan. iron board berbentuk segi empat tepat yang boleh memuatkan dua orang sekali gus itu memang sangat pelik. Pada awalnya saya ingatkan tempat letak barang tapi rupanya iron board. Huhuhu ...dan dengan jasa baik akak-akak senior Form 5 yang merangkap akak fasi saya. Dialah yang tolong mengironkan baju sekolah. Hehehe ....malunya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan