Ahad, 14 November 2010

Sedarlah Wahai Hati ...



"Dalam diri manusia ada seketul darah, bila ia baik, maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila ia rosak, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.." ( sabda Nabi SAW)

Entah kenapa...
Terasa hati ini semakin lama semakin kosong dan semakin gelap diselaputi dosa...
Terlalu banyak dan terlalu pelbagai dosa yang dilakukan...
Yang disedari, mahupun yang tidak disedari...
Yang nampak, juga yang tidak nampak...
Yang tersurat, atau yang tersirat...
Yang disengajakan, dan yang tidak disengajakan...
Semakin lama semakin bertimbun...
Semakin lama semakin memberat...
Semakin lama semakin parah...

Kini...
Bahangnya semakin menhangatkan...
Kesannya semakin terasa...
Akibatnya semakin mendekat...
Tahu,
Bahawa diri ini terlalu leka...
Terlalu lalai dan terlalu alpa...
Akal pula tidak setenang dahulu...
Fikiran sering berkecamuk memikirkan sesuatu yang belum pasti...
Hati pula semakin tidak tenteram...
Dan ianya berpunca dari satu...
Dari hati yang semakin kotor dan gelap...

Segala yang bermain dibenak hanyalah sekadar satu persinggahan sahaja. Aku sedar akan itu, tetapi kenapa ianya terlalu degil untuk dibuang sejauh yang mungkin. Sesuatu yang belum pasti itu, patutkah untuk terus di fikirkan ??


Aku tahu bahawa itu adalah sebuah angan-angan...
Yang sememangnya tidak ada pengkesudahan...
Tapi ianya terlalu sukar untuk dibuang ke tepi...
Hati ini terlalu menginginkannya...
Sedangkan ianya sudah pasti bukan milikku...
Zalimkah aku jika menafikannya ??

Dan jawapannya sudah pasti 'Tidak' ...
Walhal, aku yang telah menzalimi diri kerana cuba bermain dengan fantasi yang tidak pasti...

Dia berada dihadapanku tapi tidak di mindaku...
Dia terlintas dihadapanku namun tidak di benakku...
Kerana aku tiada hak untuknya...
Dan dia tiada daya untuk berada di hatiku...

Kerana segala ketentuannya adalah dariNya...
Kerana Dia lebih mengetahui atas tiap-tiap satu daripadanya...

Cukup setakat ni rasanya...terlalu banyak sudah saya bertinta hari ini. sehingga terleka dengan waktu yang sudah semakin larut, terlalu jauh ditinggal masa. dan saya perlu mengejar masa-masa itu kerana ianya tidak menunggu walau untuk sedetik....(@_=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan