Rabu, 17 November 2010

Setitis Air Mata

Bismillahirrahmanirrahim.....

Air mata ?? Kenapa ?? Sebab semenjak dua menjak ni saya sering mengalirkannya. Saya juga tak tahu kenapa ...apa yang saya tahu, sekarang ini air mata ibarat air paip. Terlalu mudah untuk mengalir. Saya terlalu cepat terasa dengan kata-kata orang di sekeliling. Yang menambahkan kesedihan itu lagi adalah apabila saya berseorangan.


Mungkin selama ini saya sudah terlalu banyak ketawa. Terlalu banyak sehingga terlua bahawa saya terlalu leka dengan kesenangan yang sememangnya tidak berpanjangan. Dari saya berada di sekolah menengah. Pelbagai lawak jenaka yang telah saya lalui bersama teman-teman dan pada ketika itu yang saya tahu cuma ketawa dan ketawa. Terlalu jarang saya menangis. Dan apabila menginjak ke alam IPT juga begitu. Saya lebih ralat jika dalam satu hari tidak ada langsung perkara yang menyenangkan hati.

Dan ada ketika itu, kami sekelas hampir mengalirkan air mata malah ada yang sudah mengalirkan air mata dek kerana terlalu banyak ketawa. Sedangkan apa yang terlalu mencuit tangkai hati kami pun kami sendiri tidak pasti. Pada masa itu yang saya tahu, ianya berpunca dari dua orang sahabat saya yang asyik ketawa dan kemudian ianya menjadi seperti virus yang merebak. Dalam sekelip mata sahaja kelas kami menjadi huru-hara. Mujurlah ketika itu kelas pun dah hampir tamat. Pensyarah saya hanya mampu menggeleng kepala dengan gelagat kami. Mujur juga kami dapat pensyarah yang memang sporting sangat. Dan pada itu dia menegur kami semua katanya. "jangan terlalu banyak ketawa tetapi banyakkanlah menangis". Dan kami hanya mampu terdiam untuk beberapa saat saja sebelum kembali ketawa sehingga ada salah seorang antara kami itu jatuh tergolek di lantai akibat tidak tahan ketawa. Dan kemudian makin berderailah tawa kami sehingga menjadi gegak gempita kawasan bilik kuliah kami itu.

Apabila sampai di asrama, saya terfikir semula akan kata-kata pensyarah saya itu. Kenapa mesti banyak menangis ? Tetapi persoalan itu hanya berlalu tanpa sebarang jawapan. Pada ketika itu saya juga tidak berapa mengambil pusing akan persoalan yang sekecil itu. Bagi saya, bila-bila pun kalau saya nakkan jawapannya saya akan datang berjumpa ustaz @ ustazah di kolej bertanyakan tentang soalan itu. (hurm, betapa saya meremehkan sesuatu perkara)

Dan suatu hari, saya terfikir semula akan kata-kata pensyarah itu. Saya masih juga belum pergi bertanyakan pada mana-mana ustaz @ ustazah tentang penyataan itu. Tapi saya mengikut logik akal saya. Memang benar, kata orang..jika kita banyak senyum & ketawa wajah kita akan kurang berkedut dan akan lambat nampak tua. (fakta sains juga begitu). Tetapi dari sudut lain pula ?? Semasa saya di sekolah menengah dulu...ustaz saya juga ernah berkata. Katanya "banyak ketawa nanti ilmu hilang" dan pada ketika itu kata-katanya umpama angin lalu sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dan apabila saya bolak-balikkan kedua-dua pesanan ustaz-ustaz saya tu, barulah saya terfikir akan logiknya.

Kesimpulan yang saya dapat :
Jika kita terlalu banyak ketawa = banyak ilmu akan hilang.
Bermaksud, ketawa bermakna kita terlalu menyukai sesuatu. Tidak salah jika menyukai sesuatu tetapi janganlah sampai membuat kita leka & alpa atau lebih tepat lagi menjadi 'lagha'. Dek kerana itulah ilmu yang kita timba sedikit sebanyak akan hilang.

Menangis ??
Maksud menangis disini bukanlah menangis sampai bengkak mata. Tetapi menangis bermaksud mengenang semula kelaghaan..kelekaan serta kealpaan yang sudah kita lakukan. Sebagai manusia, perkara yang melaghakan itu memang sesuatu yang cukup menyeronokkan. (pendapat sayalah) Tetapi, sedarkah kita ?? Dalam perkara tersebutlah yang membuatkan kita semakin lalai dengan tanggungjawab kita. Dan kerana itu jugalah kita akan merasakan bahawa diri kita terlalu sempurna sehinnga tidak perlu untuk memikirkan sesuatu yang mungkin remeh atau juga mungkin boleh dianggap sebagai tidak mendatangkan faedah seperti 'Muhasabah Diri'

Dan mungkin kerana kesimpulan itulah yang membuatkan saya terfikir. Betapa banyaknya masa saya terbuang begitu sahaja dek kerana ketawa. Bukanlah saya katakan ketawa itu tidak boleh sama sekali. Tetapi, biarlah berpada-pada. terutama untuk kaum 'akhwat'. Sudah terang lagi bersuluh dengan sportlight bahwa suara seorang wanita itu adalah aurat. Makanya perbanyakkanlah senyum dari ketawa kerana apabila kita (akhwat) ketawa ianya secara langsung akan mengeluarkan suara. Dan bukan juga saya katakan bahawa akhwat tidak boleh langsung untuk mengeluarkan suara. So, fahamilah maksud yang ingin saya kongsikan disini. Apa yang baik & betul ambillah sebagai tarbiyah juga iktibar. Dan mana yang salah & buruk itu datangnya dari kekhilafan serta kenaifan diri saya sendiri.

Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan