Isnin, 15 November 2010

Aku & Dia ....( Chapter 3 )

Bismilahhirrahmanirrahim...

Alam Ria Suka-Suki ...
Saya namakan tahun 2006 sebagai tahun pra sejarah bagi kami.
Terlalu banyak yang telah kami nukilkan pada tahun ini. Dimana peristiwa demi peristiwa telah tercipta dengan sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contohnya, peristiwa CDPT...C.D.Pembaris Tibai... (CD tu nama orang) Hehehe...dari mana kami dapat gelaran tu ?? Dari empunya diri yang sememangnya tak boleh berpisah langsung dengan pembrais besinya untuk ditibaikan ke setiap kepala katil mahupun pintu-pintu dorm. Hehehe...

Perebutan Public Phone yang sememangnya secara terang lagi bersuluh dengan sportlight telah diconquer oleh kami. Kekecohan demi kekecohan yang berlaku kebanyakkannya adalah diluar perancangan dan berlaku secara tidak disengajakan. Tapi itulah pengalaman yang kami timba serba sedikit.

Sebagai pelajar, frasa kata 'Cinta Monyet' memang akan tetap terselit dalam bahagian diari kehidupan. Siapapun akan mengalaminya...Dan begitu jugalah yang terjadi pada kami. Masing-masing mempunyai kisah yang tersendiri. Dia, saya dan rakan-rakan yang lain. Oleh kerana kami berada di sekolah menengah agama dan bukan sekolah menengah harian, perhubungan tersebut agak terbatas dek undang-undang dan title yang kami galas. (pelajar SMA)...Namun ianya tetap berjalan lancar melalui perutusan salam, hadiah, mahupun buah tangan dari individu yang dipercayai. Jika tidak pun, Public Phone yang sememangnya kini sebelah mata pun terlalu payah untuk dikerling adalah medium utama kami. Huhuhu....

Walaubagaimanapun, segalanya tetap terbatas. Tidak saya nafikan, zaman persekolahan adalah sesuatu yang terlalu menyeronokkan. Namun, jika terleka...padahnya adalah amat memeritkan. Keseronokkan yang dirasai mungkin ada namun kekesalan tetap ada. Dan saya tetap berharap, semoga ukhuwah yang terjalin antara kami akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Kerana antara kami bukan sahaja berkongsi cerita yang sama, namun kami juga berkongsi permulaan corak kehidupan yang sama cuma berbeza warna dan pelaksanaannya. Dan 2007, ianya akan menjadi ceritera akan datang yang jika diizinkaNya untuk saya menukilkan disini....

Ma'asalamah wa Ilal iqaq.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan