Rabu, 17 November 2010

Cinta & Harapan


Bismillahirrahmanirrahim ...
Salam ukhuwah pembuka bicara. Alhamdulilah, saya masih lagi berpeluang untuk bercerita sesuatu disini. Bercerita tentang harapan & persoalan seorang hamba Allah yang juga merupakan sahabat saya. Harapan yang sememangnya saya sendiri juga tidak tahu penghujungnya. Persoalan yang  saya sendiri juga tidak ada jawapannya.

Tidak banyak yang diharap oleh hamba Allah ini. Dia hanya berharap agar mendapat pasangan yang baik dan soleh. Agar dapat membimbingnya menuju ke jalan yang diredhaiNya. Agar dapat sama-sama mengukuhkan rasa kecintaan terhadap si Pencipta. Hanya itu sahaja yang diimpikannya. Itulah yang sering diberitahu kepada saya. Dan saya hanya mampu tersenyum. Dia juga sering mengajukan persoalan yang hampir sama kepada saya. Antara persoalannya :

1) Bolehkah dia menjadi pemimpinku ?
2) Layakkah aku berganding dengan dia ?
3) Mampukah aku untuk menjadi sahabat dia ?

Dan segala persoalannya sering saya balas dengan senyuman atau sedikit kata ( yang boleh juga dikatakan sebagai nasihat). (mana yang baik tu bolehlah diikut)

1) Kenapa tak boleh ? Semuanya adalah takdir, jika sudah ketentuan dariNya...so, tak ada siapa yang boleh menolak...
2) Siapa kita untuk menilai diri kita sendiri ? Even si dia pun belum tentu boleh menilai hati & keikhlasan kita ?
3) Kenapa pula tak mampu ? Sahabat yang baik adalah yang mampu menerima baik & buruk kita. Kelebihan & kelemahan kita yang mampu membimbing kita agar bersama-sama mendapat keredhaanNya.

Dia menerima kata-kata saya dengan senyuman. Namun saya dapat rasakan bahawa dia tidak begitu yakin dengan jawapan yang saya berikan. Mungkin kerana dia rasa rendah diri.

Sebenarnya, bukanlah dia terlalu memikirkan soal jodoh mahupun soal perkahwinan seawal usia yang baru sahaja menginjak 20an. Namun, serba sedikit, persoalan-persoalan yang sedemikian juga turut terlintas dibenaknya. Tidak saya nafikan, kadang-kadang kami juga sering bercerita tentang angan-angan masing-masing. Sekadar untuk mereleasekan tension setelah penat berhempas pulas mengulang kaji pelajaran. Itulah hiburan kami yang tidak seberapa.

Dan ruangan facebook memang menjadi hobi kedua kami. Dan disini jugalah dia kami telah berkenalan dengan pelbagai pelajar dari pelbagai universiti dan kolej samada dalam atau luar dari Malaysia. Dan sahabat saya ini telah berkenalan dengan seorang penuntut sebuah universiti tempatan yang bertempat di negeri Pahang. Pada awalnya, dia hanya mengapprove kenalan ini. Baginya, selagi boleh berkawan dia akan berkawan tetapi dengan cara yang sangat terbatas antara 'akhwat & ikhwan'.

Tapi semakin lama saya perhatikan, dia sering mengikuti perkembangan kenalannya itu. Walau pada hakikatnya mereka tidak pernah berkenalan. Dia hanya mengetahui nama dan sedikit info mengenai kenalannya itu. Itupun melalui apa yang tertulis pada maklumat kenalannya. Selain dari itu dia tidak tahu dan tidak pernah untuk cuba ambil tahu (itu yang dikatakan pada sayalah...) kerana baginya, jika telah ditakdirkan kenalannya itu akan menjadi sahabatnya suatu hari nanti dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Katanya lagi, 'biarlah masa yang menentukan'. Saya tidak berapa setuju dengan caranya itu, tapi sebagai sahabat...saya hormati dengan prinsipnya. Mungkin Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk sahabat saya itu.

Pada pandangan saya, sahabat saya itu terlalu meminati kenalannya itu. Sehinggakan dia pernah berkias 'kalau ditanya macam mana ikhwan pilihannya? Dia akan menjawab persis seperti kenalannya itu'. Saya tahu apa yang dia rasakan kerana saya juga pernah berasa begitu suatu ketika dahulu. Namun, ada ketikanya saya lihat dia seperti sudah mengalah sebelum berjuan. Dia seperti pasrah sahaja dengan apa yang akan terjadi. Dia sering merendahkan dirinya sendiri. Sebagai sahabat, saya tak nak dia terlalu berharap walaupun saya tahu dia tidak pernah berhenti berharap. Pada zahirnya dia mengatakan dia hanya menyukai peribadi kenalannya itu. Apa yang sering didescribe tentang kenalannya itu adalah :

1) Seorang anak yang baik & sangat mengutamakan keluarga.
2) Seorang 'rijal' yang mementingkan agamanya.
3) Seorang pelajar yang sering beramal dengan ilmunya.
4) Seorang pemimpin yang adil.
5) Seorang insan yang sebenar-benarnya khalifah.

Dan apabila saya mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah jatuh hati pada kenalannya. Dia akan menafikannya. Dan jawapan yang sering diberikan pada saya adalah : "dia hanya meminati peribadinya kerana amat sukar pada zaman sekarang untuk bertemu dengan seseorang yang terlalu banyak pakej seperti kenalannya itu. Dan itu tidak pernah lebih dari apa yang dikatakannya". Bukan saya tidak percaya, tapi sebagai seorang perempuan, saya faham keadaannya. Dan jika saya ditempatnya, saya juga akan berkata yang sama. Kerana bagi saya, kenalannya itu seorang yang cukup baik.

Namun, doa saya...saya berharap agar sahabat saya itu akan mendapat apa yang diimpikannya. Mungkin ada kelemahan dari pihak sahabat saya itu, namun kelemahan itu adalah pelengkap bagi seseorang yang saya sendiri juga tidak tahu siapa. Dan kelebihan seseorang itu akan melengkapkan kelemahan sahabat saya itu. kerana saya cukup yakin, setiap yang dinamakan pasangan itu mempunyai pelengkapnya yang tersendiri samada yang lemah atau yang baik. Setiap yang berpasangan itu saling memerlukan antara satu sama lain. Dan doa saya juga, agar sahabat saya itu menemui apa yang dicari dalam perjalanan hidup yang sementara ini. Semoga apa yang dilakukannya diredhai dan diberkati.

Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan