Isnin, 15 November 2010

Aku & Dia ....( Chapter 2 )

Bismillahirrahmanirrahim...

Menyambung semula kisah 'Aku Dan Dia' ...

Bermasam Muka ?!?!

Inilah kali pertamanya kami bermasam muka. Actually dalam tempoh yang agak lama. Tak silap saya seminggu ?? Hehe ...selalunya kalau kami salah faham pun, mungkin akan masa tidak sampai satu hari. Tapi kali ini memang terlalu panjang saya rasa. Tapi mujurlah cuma seminggu sahaja dan kemudian kami berbaik semula. Rasa macam tak lengkap hidup bila masing-masing tak bertegur sapa. Tidak ada senyuman atau gelak tawa kami. Bertegur jauh sekali. Salah faham yang berpunca dari kejutan budaya yang saya alami mungkin telah membuatkan dia kurang selesa dengan saya. Dan mujur juga saya cepat sedar akan perubahan mendadak yang sedang saya alami. (^_^)

Dan dia ... macam mana pun saya. Dia tak pernah tinggalkan saya sendiri. Samada saya sedih, suka, geram, marah, ataupun neutral. She's always be my side. Untungnya dikurniakan sahabat seperti dia. Apa yang membuatkan kami semakin akrab adalah, hobi dan minat yang sama. Angan-angan kami juga sama. Hihihi... Seperti yang pernah saya katakan... kami mempunyai persamaan yang hampir serupa. Cumanya dia tidak seagresif saya dan saya tidak seaktif dia. Walau macam manapun, kami masih mengekalkan kefemininan yang ada. Hehehe ...

Satu kebetulan yang membuatkan kami semakin rapat. Actually batch saya dan bacth dia yang semakin rapat. Mungkin disebabkan kami cuma tinggal 13 orang sahaja senior puteri. Hehehe...5 orang dari batch dia (Form5) dan 8 orang dari batch saya (Form4)... Semakin sedikit, maka dengan secara rasminya...segala jawatan kuasa tertinggi sememangnya dimonopoli oleh kami lah kan ?? Hehehe...dan secara tak langsung membuatkan kami sering dan selalu berinteraksi bersama dalam membincangkan masalah-masalah yang berbangkit. Dan sebenarnya masalah yang kami sendiri cuba bangkitkan ... Ish3...nakal sungguh !

Tahun 2006 ...
Merupakan tahun yang paling menyeronokkan ! Macam yang berlaku dan ianya secara tidak langsung telah membuatkan junior kami turut tunggang terbalik dek tempiasnya. Hehehe...bermacam gaya dan ragam. Dari yang sekecil-kecil hal kepada hal-hal yang besar, seperti 'Derma 20sen' dari setiap pelajar sehinggalah malam kejadian 'Fire Drill' & juga 'Penkidnappan Air Tangki Rumah Pengetua'...percantuman dari dua generasi yang menjadikan sebuah sejarah yang sememangnya tidak dapat kami lupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan